BENTUK
 
 
 
Rangka luar lencana berbentuk kudup mawar yang menanti waktu untuk mekar dan 
menyebarkan haruman.
Bermaksud : Pelajar yang masih mentah dan akan dewasa. Mereka akan terus 
membesar dengan membawa kejayaan yang akan mengharumkan nama keluarga, 
sekolah, bangsa, agama dan negara.
 
Berbentuk cabang-cabang ranting.Bermaksud :
-    Cabang – cabang bidang kerjaya yang sangat luas.
-    Ibarat tangga atau peringkat atau urutan perjalanan hidup seseorang pelajar
 bermula dari bawah, berusaha melangkah setapak demi setapak untuk menuju kejayaan.
SIMBOL
 
Lambang Multimedia Super Corridor.
Bermaksud : Sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat, 
seluruh warga sekolah turut tidak ketinggalan malah berani, mampu dan sentiasa 
menguasai/meneroka bidang IT untuk kemajuan diri dan negara.
 
Simbol mata pena.
Bermaksud : Lambang ilmu dan kepintaran menunjukkan kesediaan belajar
 menggunakan segala sumber yang ada untuk terus berusaha melengkapkan
 diri dengan ilmu untuk kejayaan yang cemerlang dan membanggakan.
 
Simbol roda bergerigi 5.Bermaksud :
-    Lambang bidang-bidang kemahiran yang lazim iaitu bahasa, sains sosial,
 sains matematik, teknik & vokasional dan juga bidang baru iaitu bidang IT.
-    Menunjukkan kepatuhan  dan kesetiaan pelajar dengan menjunjung 5
    prinsip rukunegara.
 
Simbol pecahan 3 bentuk/bahagian kelopak.
Bermaksud : Kesatuan dan kesepaduan hidup 3 bangsa atau kaum utama iaitu Melayu, 
Cina dan India di bawah satu bumbung dengan mengamalkan budaya hidup yang aman 
dan harmonis dalam merealisasikan aspirasi kerajaan.
 
 
Simbol burung yang sedang melebarkan sayapnya.Bermaksud :
-    Pelajar-pelajar yang telah berjaya dan kejayaan yang dikecapi itu asasnya adalah
 bermula di bangku sekolah.
-    Guru-guru turut berbangga dengan kejayaan pelajar, kerana turut melambangkan
     kejayaan dan penghargaan buat guru.
 
 
WARNA
Biru
Lambang Perpaduan, Ketenangan, Keceriaan dan Kecintaan.
§ Diharapkan pelajar-pelajar sekolah ini dan seluruh warga SMK T6 bersatupadu, 
bekerjasama untuk memastikan ketenangan dan keceriaan terus berkekalan.  
Dengan suasana begini kejayaan pasti mudah digapai.
§ Mewujudkan rasa kasih terhadap sekolah dengan memelihara harta benda sekolah 
dan keindahan sekolah ini.
Merah
Lambang Keupayaan, Berani, Semangat dan Keriangan.
§ Berupaya mengejar cita-cita.
§ Berani menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.
§ Semangat yang kuat dan teguh untuk meraih kejayaan.
§ Keriangan pasti akan muncul apabila kejayaan telah tercapai.
Kuning
Lambang kedaulatan, Kebanggaan, Kekayaan.
§ Kepatuhan kepada negara Malaysia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja 
dan berpelembagaan.
§ Pelajar dan sekolah yang mampu membanggakan masyarakat setempat malah mungkin 
ke peringkat yang lebih tinggi.
§ Pelajar-pelajar yang kaya dengan budi bahasa, bersahsiah tinggi dan kaya ilmu.
Putih
Lambang Kesucian dan Kemurnian.
Diharapkan warga SMK T6 berjiwa suci dan murni tanpa sebarang  prasangka atau 
sesuatu fahaman yang bertentangan dengan etika kesejahteraan dan perpaduan 
rakyat Malaysia.