Aktiviti merentas desa merupakan acara tahunan sekolah.Aktiviti ini, dapat memberi peluang kepada semua pelajar mengambil bahagian dalam sukan olahraga . Selain itu, aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengesan bakat-bakat baru di kalangan pelajar bagi menyertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah. Kejohanan ini diadakan pada hari Khamis 25 Januari 2018 yang bermula dari SMK Bandar T6.Sebelum aturcara dimulakan pelajar  dikehendaki mendaftar dan membuat senaman j robik bagi memanaskan badan.Acara dimulakan dengan kata-kata aluan  oleh Tuan Pengetua SMK Bandar T6 Tn Haji Yusope Bin Hassan dan seterusnya merasmikan kejohanan merentas desa bagi 2018.Turut serta memeriahkan majlis YDP PIBG En Julian @ Amirul Sufiyan Bin Salim bagi pelepas peserta lelaki junior dan perempuan junior yang acaranya bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir dengan penyampaian hadiah dan majlis penutup pada jam 12.00tgh.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta guru-guru yang menjayakan kejohanan pada kali ini.

Comments (0)

500 characters remaining

Cancel or