Program ini adalah merupakan satu usaha Parlimen Sembrong menghargai pencapaian pelajar dan sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.Selain itu, menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam Parlimen Sembrong dengan masyarakat setempat.Majlis ini diadakan pada hari Jumaat 10.2.2017 di SMK Bandar T6 Kluang dengan kehadiran pelajar dan ibu-bapa serta penduduk setempat.Kehadiran YB Dato Sri Hishammudin Tun Hussein disambut oleh pengetua SMK Bandar T6 Tn Hj Mohamed Yusope Bin Hassan bersama Pegawai Pendidikan Daerah Tuan Haji Shaharudin Basri Bin Hj Ibrahim.Beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sembrong turut merasmikan Galeri PIBK & PIBG SMK Bandar T6 turut menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada pelajar serta sumbangan. 

Comments (0)

500 characters remaining

Cancel or