Video Majlis Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan SMKBT6 2016

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan ini telah diadakan pada 21hb September 2016 di Dataran Budi SMKBT6. Majlis yang dimulakan kira-kira jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi ini disertai oleh semua pelajar SMKBT6 dan guru.Majlis ini menampilkan pembacaan sajak, nyanyian lagu patriotik dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang yang menyertai acara yang dipertandingkan.Selain itu, pertandingan membuat banner sempena kemerdekaan juga turut memeriahkan sambutan pada kali ini.Acara penutupan dirasmikan oleh GPK 1 Pn Roziah Binti Musa.Tahniah dan syabas kepada semua guru pembimbing dan pelajar-pelajar yang menjayakan sambutan pada kali ini.

Comments (0)

500 characters remaining

Cancel or